Aset bermaksud sesuatu benda yang mengalirkan wang ke dalam poket kita. Manakala liabiliti adalah sesuatu benda yang menyebabkan wang mengalir keluar daripada poket kita.
~ Robert T Kiyosaki.

Sebagai contoh yang selalu kita dengar apabila seseorang pengurus bank atau agen hartanah mengatakan rumah kita adalah aset, harga rumah akan sentiasa naik. Mereka sebenarnya tidak membohongi kita. Mereka hanya tidak menceritakan segala kebenarannya. Meskipun rumah kita adalah aset, ia sebenarnya adalah aset bank ( liabiliti kepada kita ) kerana kita terpaksa membayar gadai janji setiap bulan kepada pihak bank. Wang mengalir keluar daripada poket kita. Sebaliknya bank menerima keuntungan daripada faedah yang dikenakan ke atas kita. Akan tetapi jika kita menyewakan rumah kita dengan kadar sewa yang lebih tinggi daripada gadai janji setiap bulan kepada bank, rumah kita adalah aset kepada kita. Contoh, gadai janji sebulan kepada bank RM1,200 dan kadar sewa dikenakan kepada penyewa RM1,500, kita untung RM300. Rumah kita adalah aset kepada kita.

Begitu juga dengan pelaburan emas. Selalu penjual emas mengatakan menyimpan emas bagus kerana emas adalah aset, harga emas sentiasa naik. Emas hanya akan menjadi aset sekiranya kita membelinya dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualannya. Sekiranya kita membeli emas pada harga RM150 segram kemudian menjualkannya dengan harga RM200 segram, maka ia menjadi satu aset. Namun, sekiranya kita membeli emas itu dengan harga RM200 segram kemudian menjualkannya pada harga RM150 segram, maka urus niaga emas itu menjadi satu liabiliti.


Comments

Popular posts from this blog